Tuesday, December 20, 2016



Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 blogger sekalian? Diharapkan semuanya sihat walafiat. Alhamdulillah, pada tahun ini abe kie diberikan rezeki berupa kejayaan di dalam bidang ko-kurikulum. Selalunya kejayaan diraih di dalam bidang akademik sahaja. Bacalah cerita di bawah untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Pada akhir April lalu seorang pelajar tingkatan lima sekolah abe kie telah mewakili Kelantan ke Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah di Kuantan, Pahang. Sebelum itu, Mohammad Rafiq telah memenangi acara pandu arah semasa perkhemahan peringkat negeri di Kem Kijang, Kota Bharu.

Manakala pada awal Mei, atlit rejam lembing bawah 18 tahun perempuan, Nor Shafika Abdullah telah mewakili Kelantan ke Kejohanan Olahraga MSSM di Melaka. Pada kejohanan tersebut dia menduduki tempat keenam. 

Nampaknya dua kelab yang abe kie menjadi guru penasihatnya iaitu Olahraga dan Kadet Remaja Sekolah sudah menghasilkan dua murid yang berjaya mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan. Syukur. 

The Truth Is Within You . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates