Saturday, March 18, 2017


Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh. Sukacita abam kie merujuk kpd Pekeliling Perbendaharaan Bil 3/2017. Bantuan mengurus jenazah dan bayaran pengangkutan jenazah bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang juga termasuk pesara wajib dan pesara pilihan. Sila rujuk Portal Ramai Bhg Pasca  Perkhidmatan ( http://www.jpapencen.gov.my). Sila maklumkan kpd kaum keluarga dan sanak saudara bahawa pesara yg meninggal dunia selepas 15 Okt 2010 boleh membuat tuntutan perkara di atas. Saya dimaklumkan bahawa tidak ramai pesara dan waris  pesara yg tahu tentang perkara ini dan tidak memohon bantuan ini. Sila sebarkan dan kpd waris Allahyarham dan Allahyarhamah pesara sila hantar borang permohonan yg boleh didapati di Bhg Pasca Perkhidmatan JPA. Amaun yg boleh dituntut ialah RM3,000.00. Muat turun borang permohonan bantuan mengurus jenazah (BMJ) dan surat akuan bersumpah.

Berkaitan hal2 di atas , ramai juga yg x tahu.

1) pendeposit ASB juga ada khairat kematian. Bawa sijil mati dan boleh claim on the spot jika duit ada bawah RM10K. Lebih kena ikut tadbir pusaka etc. Penama hanya wasi sahaja. Duit adalah pusaka. Begitu juga kwsp. Penama hantar wasi, yg mentadbir shj.

2) jika ambil loan perumahan insurannya takaful. Pihak takaful akan bayar rm1000 pd waris utk urusan pengkebumian. Urusan lain berkait hutang akan diurus oleh takaful.

3) jika ambil skim SSPNi utk pelajaran anak juga ada khairat kematian RM1000

4) anak2 yg di bawah tanggungan pencen boleh tulis surat ke bhg pencen utk bhgnya diasingkan jika rasa dirinya teraniaya. Cth: pok bui ko bini muda lebih x bui ko anak padahal yg jadual dah ada %, pencen bui lump sum ko pok utk sene pengurusan.

5) Buatlah penama tabung haji supaya duit boleh wat tubik terus lps kematian. Tak payah tunggu tadbir pusaka.

6) duit gratuiti anok hok x kawin adalah bukan pusaka. Ia adalah hak ibu & ayah si mati mengikut bhg tertentu. Jadi adik beradik tak soh nak berebut. Reta lain adalah pusaka.

7) Jika ada keluarga yg kerja gomen & meninggal, pergilah pejabat dan tanya jika si mati ada claim tertunggak, imbuhan gaji dll yg belum dibayar atau yg lain2. Sila gi tuntut. Kerana ia pusaka & hak mereka terutama jk anak2 masih kecil tak tahu apa2. Kdg2 org terlepas pandang.

Sekian. Terima kasih.

The Truth Is Within You . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates