Sunday, May 27, 2018


Salam semua, baru baru ni saya ditemuramah dan ditanya pandangan saya mengenai GST. Saya mulakan temuramah tersebut dgn ayat :

"Saya tak suka GST, tapi saya setuju yang GST kena ada.”

GST ni adalah sejenis consumption tax, yang mana kita akan kena bayar GST bila kita berbelanja di luar. Dan seperti yang semua maklum, kadar GST sebenar cuma 6%. Tapi kenapa kita rasa yang kenaikan harga barang dan makanan naik jauh lebih banyak dari kadar GST 6%? Sebab utama kenapa kenaikan harga barang dan makanan yang telah diproses naik lebih banyak dari 6% semenjak GST dilaksanakan adalah :

1. Compliance kos ( sistem dan tenaga kerja ) -  Disebabkan pelaksanaan GST, majoriti bisnes kena berbelanja minima RM30,000 setahun untuk pastikan mereka boleh laksanakan GST, kalau tak kena bayar denda dgn kastam. So majoriti peniaga pilih untuk naikkan harga produk mereka dan mereka naikkan lebih dari 6% untuk cover kos ini.

2. Cukai - Sistem GST kita, hari ni ada link dgn sistem cukai kita di LHDN. So maksudnya, sangat susah untuk peniaga untuk tidak declare cukai atau cakap mereka tak buat untung untuk terus kelentong LHDN. Ada segelintiri peniaga yang dulunya lari dari bayar cukai, hari ni tak boleh lari dari bayar cukai. Peniaga begini boleh tukar kereta beratus ribu setiap 2-3 tahun, ambil BRIM lagi, dan declare rugi tiap tiap tahun. Hari ni, dah sgt susah untuk mereka buat begitu sebab kastam akan kongsi dgn LHDN berapa sebenarnya sales mereka. So mereka yang dulunya untung beratus ribu dan berjuta tiap tiap tahun, tapi adjust cukai mereka atau tak bayar langsung, tetiba kena bayar cukai berlambak. Jadi mereka naikkan harga jualan mereka, sebab mereka sekarang dah tak boleh lari dari cukai. Dan bila tanya mereka, mereka akan jawab, ini semua salah GST. Ini bagi saya, adalah punca utama kenapa kenaikan harga lebih dari 10%.

3. Kejatuhan ringgit (2015-2017) - Semenjak tahun 2015, RM pernah jatuh +- 30% berbanding USD dan SGD. So majoriti barang import yang dijual di Malaysia, dinaikkan harga sebab nak tampung kos import yang dah naik 20%-30%. Tapi hari ni, RM dah naik 10%-15% berbanding USD dan SGD. Ada tak harga barang jatuh bila RM dah naik balik ni? Takde kan? Sebab peniaga pilih untuk kekalkan harga dan mereka boleh untung 10%-15% atas angin. Dan siapa yang mereka salahkan? Yes, sekali lagi GST.

Tiga sebab diatas, adalah punca kenapa harga barang naik melebihi 6% bila GST dilaksanakan. GST yang saya dan syarikat-syarikat saya bayar, tahun ni patut RM800,000 hingga ke RM1juta. Memang la saya tak suka GST, dan bohong la kalau saya cakap saya enjoy bayar GST hampir sejuta, terutamanya sebab nak kena caj student dan klien. Tapi kami fokus kepada apa extra yang kami boleh berikan kepada pelanggan. Tahun lepas MEB harganya RM499 untuk SEHARI, sekarang kita naikkan harga ke RM599  tapi dapat SETAHUN coaching. Dulu tiada product murah bawah seratus, hari ni orang boleh belajar dari saya 4 kali sebulan serendah RM30 sebulan saja. GST, kami telan/abosrb sendiri. Saya fokus untuk tambah nilai kepada pelanggan dari bebankan mereka. Boleh je kalau betul nak buat.  Alhamdulillah, hari ini bisnes-bisnes saya masih okay, boleh gajikan lebih 80 orang Malaysia pelbagai kaum.

Kenapa saya buat post ini? Sebab saya 99.99% pasti yang GST akan KEKAL tak kira la siapa yang memerintah. Semua kerajaan ( tak kira pembangkang atau bukan) nak tahu mana peniaga-peniaga yang tak/kurang bayar cukai mereka, dan sistem GST ini adalah cara paling senang untuk mereka tahu peniaga mana yang tak bayar cukai. Dan orang berada dan berduit eventually akan bayar GST paling banyak, so GST adalah sistem cukai yang adil. Orang yang beli Lambo atau Ferrari akan bayar lebih banyak GST berbanding orang yang beli Toyota atau Perodua.  So tak kira siapa yang menang 9 May nanti, GST akan kekal, akan jadi lebih efisen, dan kita semua akan masih kena bayar GST.

Ada orang berpendapat yang sistem GST ni dibuat untuk support korupsi dan digunakan untuk songlap duit. Tapi, kalau betul GST ni sistem percukain yang teruk dan korup, kenapa lebih 150 negara gunakan sistem GST ni? Singapura ada GST 7%, UK ada VAT sampai 20%, adakah ini bermakna pemimpin mereka lebih korup dari pemimpin kita?  

Kepada rakan rakan saya yang berniaga, GST is here to stay. Kita kena usaha tambah nilai kaw-kaw kalau kita nak kekal relevan dalam bisnes. Otherwise, we are gone. Dan tak guna lari cukai, sebab GST akan buat semua sales kita transparent. Baik declare betul betul, bayar apa yang patut bayar, dan guna cukai kita untuk mula beli aset pelaburan ( kedai, tanah , hartanah etc)

Untuk pembeli atau konsumer, anda saya sarankan anda boikot sahaja perniagaan yang menaikkan harga melampau dengan menggunakan GST sebagai alasan. Kalau mereka cakap kejatuhan ringgit merupakan punca kenaikan harga, suruh mereka turunkan harga hari ni sebab RM dah naik 10%-15% berbanding banyak matawang lain. Kalau mereka tak buat, kuasa membeli ditangan anda. Jangan kena tipu lagi bila mereka cakap GST merupakan sebab kenapa harga “terpaksa” dinaikkan. Hari ni banyak pemaju telan kos GST, sebab pasaran hartanah tgh sendu. Dulu cakap mustahil mereka boleh absorb, hari ni boleh je pulak? So kalau anda nak berikan mesej kepada peniaga-peniaga tamak ni, berhenti je membeli dari mereka dan kita sokong mereka yang tak ambil kesempatan naikkan harga sebab GST (Y)

Sumber: Facebook

The Truth Is Within You . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates