Thursday, May 17, 2018


Mlm tadi saya bermimpi yg indah sekali tentang keadaan negara kita pada tahun 2020. Pada masa itu Anwar Ibrahim jadi PM, Wan Azizah jadi TPM dan Nurul Izzah jadi Menteri Dalam Negeri. Sekali lagi Malaysia mencipta sejarah. 

Tun M telah mengotakan janjinya dgn meletak jawatan setelah ekonomi berjaya dipulihkan dan semua hutang negara berjaya dilunaskan.

Saya perhatikan rakyat hidup senang lenang dan aman bahagia. Betapa tidak, kereta murah, harga minyak hanya RM1.50 selitre, tol tak ada, GST tak ada, hutang PTPTN tak ada. Org nak kawin pun dpt bantuan. Yg saya paling seronok ialah Wifi berkelajuan tinggi disediakan secara percuma. Saya bebas berfb dari mana2 tempat memancing.

Pekerja asing juga sudah tidak kelihatan. Semua kerja di ladang sawit, getah atau sawah, pekerja buat bangunan, kutip sampah dsb dilakukan oleh anak2 tempatan dengan penuh semangat kerana mendpt  gaji yg tinggi selaras dgn negara Jepun. Tiada lagi BR1M kerana semua rakyat Malaysia sudah kaya raya belaka.

Surau2 dan masjid2 juga melimpah ruah dgn jemaah kerana kesedaran beragama berada dipuncaknya hasil dakwah PAN yg sgt berkesan. Bilangan muallaf juga bertambah dgn mendadak kerana tertarik dgn akhlak  YB2 Islam dlm PH yg warak2 belaka.

PH juga sudah menguasai sepenuhnya parlimen dan DUN kerana semua YB pembangkang telah melompat ke dlm PH tanpa dipaksa atau disogok tetapi semata2 kerana tertarik dengan ketelusan, keadilan, keterbukaan serta integriti PH yg unggul.

Kalau tidak kerana alarm telefon saya berbunyi, mungkin sekarang ini saya masih tidur lagi melayan mimpi.

#takfahampuntakapa

The Truth Is Within You . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates