Pages

Thursday, May 24, 2018

Seloka UMNO 2018


Kempen sudah, undi pun sudah,
Keputusan sudah, kalah pun sudah,
Ada yang belum sudah,
Mengaku kalah dengan bermaruah.

Sambut ulangtahun di PWTC,
Yang bawahan bertekak sesama sendiri,
Yang atasan memudahkan diri,
Tempah jet peribadi nak selamatkan diri.

Apa dah jadi dengan parti,
Yang bawah minta yang atas undur diri,
Pemimpin kanan dan kiri, 
Kata kena buat sesuatu takleh macam ni.

Kedah, Perak, Melaka, N9 dan Sabah
Dengan mudah jatuh ke tangan Pakatan Amanah
79 kerusi kalah dengan mudah,
Yang 93 tahun gagah memerintah.

Jangan sangka suara muda tiada apa apa,
Bergabung suara rakyat gegak gempita,
Umpama baru lepas merdeka,
Minta perubahan serta merta.

Yang memerintah jalankanlah amanah
Rakyat jelata ingin berubah,
Maju dan makmur tanpa rasuah,
Tanpa Najib dan juga Rosmah

No comments:

Post a Comment